Resepi Bingka Tepung Beras

Ads go here

Bingka tepung beras adalah kuih tradisional melayu. Rasanya lemak-lemak dan manis sangat sedap. Kuih ini sukar untuk ditemui di bandar-bandar besar namun ada. Jika kita balik kampung, banyak dijual di pasar-pasar malam atau ada juga di gerai tepi jalan.

Di sini kami kongsikan 2 Resepi Bingka Tepung Beras. Anda boleh mencubanya.

BINGKA TEPUNG BERAS 1

Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 4 sdb tepung kacang hijau
  • 1 cwn pati santan
  • 11/4 cwn gula
  • 850ml air
  • Garam secukupnya
Cara Membuat
  1. Satukan tepung dan gula.
  2. Masukkan santan dan air sedikit demi sedikit dan kacau. Masukkan garam.
  3. Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Kemudian tapiskan adunan .
  4. Kacau atas api hingga pekat dgn api yg sederhana.
  5. Loyang mesti la disapu dgn sedikit minyak
  6. Bakar hingga masak.
bengkang


BINGKA TEPUNG BERAS 2

Bahan-Bahan
  • 500ml santan KARA
  • 1000ml air
  • 250g tepung beras
  • 50g tepung jagung
  • 200g gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 tudung esen vanila
Cara Membuat
  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas. Kacau hingga sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api yang sederhana hingga sedikit pekat. Kacau jangan berhenti.
  3. Tuang ke dalam loyang yang sudah dilengser dengan sedikit minyak. Ratakan.
  4. Bakar di dalam oven pada suhu 170°c selama 1 jam. Api atas bawah mengikut kesesuaian oven masing-masing sehingga masak.
  5. Biarkan betul-betul sejuk barulah  dipotong. Kalau potong semasa panas, hasilnya nanti tak cantik sebab teksturnya masih lembik.
Resepi Lain - Lepat Labu
Semoga bermanfaat. Selamat mencuba dan kongsikan.

Sumber: Leesa Alif
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!