Kepala Talapia Goreng Masam Pedas

Ads go here
talapia goreng

Seringkali bila goreng ikan atau ayam, mesti goreng kunyit. Sejak kita kecik, ibu kita akan goreng dersama kunyit. Sesekali kita nak makan ikan goreng tapi kelainan sikit bahan perapnya.

Kali ini kami ingin berkongsikan satu resepi mudah untuk meggoreng ikan kepada mereka yang sukakan kelainan. Bahan-bahan memang sentiasa ada dalam rumah kita. Jom baca resepi di bawah.

KEPALA TALAPIA GORENG MASAM PEDAS

Bahan-Bahan:
  • 2 ketul Kepala Ikan Talapia
  • Asam Jawa - Tak perlu banyak sebab nanti terlalu masam
  • 2 sudu makan cili giling
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa
Cara-Cara:

cara goreng ikan

1.  Campur semua bahan dan gaul hingga sebati

2.  Gaulkan pada kepala ikan termasuk bagagian dalam

goreng ikan

3.  Baki cili dan asam jawa termasuk biji letakkan dalam kepala ikan

ikan goreng

4.  Panaskan minyak dan goreng

5.  Apabila masak, siap untuk di makan

ikan masak goreng

Sedap dimakan ketika panas-panas. Warnanya agak kehitaman kerana digaul dengan cili giling dan asam jawa. Kepada yang suka masam dan pedas, memang sedap.

Selamat mencuba.
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!