Nasi Goreng Mamak Style Memang Mudah. Pastikan Ada Serbuk Maggi
Ads go here
Ada baki nasi sejuk sepinggan. Cukuplah untuk sorang makan. Nak masak tak berbaloi sebab duduk sorang. Stok maggi banyak tapi dah jemu.
Ok apa kata nasi tu buat ja nasi goreng mamak style. Cara mamak goreng sesekali sedap juga makan panas-panas. Nak goreng cara mamak ni tak perlu ada lauk atau sayur yang banyak. Takde terus pun tak jadi masalah.
Saya nak tunjuk cara goreng nasi goreng mamak yang simple. Cara-caranya seperti di bawah. Resepi ni hanya untuk sorang makan ye!
Nasi Goreng Mamak |
Nasi Goreng Mamak Style
Bahan-Bahan:- Sepinggan Nasi
- Sedikit Lobak Merah - Dipotong Halus
- Kacang Panjang - Dipotong pendek
- 1/4 Bawang Merah Besar (Onion) - slice
- 2 Ulas Bawang Putih - slice atau Chop
- 1 sudu makan cili Boh / Giling
- Sebungkus Serbuk Maggi
- 2 3 biji Cili Padi
- 2 3 potong Cili Merah Besar
- 1 biji Telur Ayam
- 1 sudu makan kicap manis (tak letak takpe)
- 1 sudu teh kicap cair (Masin) (Tak letak takpe)
- 1 sudu makan sos tiram (Tak letak takpe)
- garam (jika perlu)
Cara-Cara:
- Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga naik bau atau kekuningan.
- Masukkan semua sayur. Tumis sebentar hingga agak-agak layu. Ketepikan sikit.
- Masukkan cili giling / boh. tumis hingga agak-agak masak. Sekejap je.
- Masukkan serbuk kicap manis, kicap masin, sos tiram dan serbuk maggi dan kacau sebentar.
- Pecah telur dan masukkan ke dalam kuali. Kacau dengan semua bahan tadi hingga hancur.
- Masukkan nasi dan goreng hingga semua sebati dengan nasi. Biasanya mamak akan goreng biar betul-betul panas nasi tu.
- Sementara itu masukkan cili padi dan cili merah, terus goreng nasi hingga anda rasa dah cukup.
- Siap dan angkat.
Nasi Goreng Style Mamak |
Selamat mencuba dan menjamu selera.
Ads go here
Comments