Cara Buat Ayam Tandoori

Ads go here
Ayam Tandoori Sedap!!

Biasanya kalau pergi kedai mamak, tak sah kalau makan Roti Nan tanpa Ayam Tandoori. Macam tak lengkap lah kan! Dengan warnya merah yang membuat selera kita naik untuk menjamahnya. Kadang-kadang kita berfikir macamana mamak buat kan. Merah dan cantik.

Menerusi satu perkongsian dari portal my-resepi, ianya nampa mudah dan sudah semestinya sedap. Katanya menerusi percubaan pertamanya sudah menjadi dan sedap. Sebiji rasa macam kat kedai mamak. 

Jangan buang masa jom kita tengok resepinya dan mencubanya.

RESEPI AYAM TANDOORI
Bahan-Bahan Yang Diperlukan


Bahan-Bahan:

  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • 1 sudu besar serbuk kunyit.
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah.
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar.
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis.
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar marjerin.
  • 2 sudu kecil garam.
  • 3 biji bawang besar.
  • 10 biji bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 3 biji buah pelaga.
  • Daun ketumbar.
  • 1 biji jus lemon.
  • 1 cawan greek/plain yogurt.
  • Sedikit pewarna merah.

Cara-Cara:

  1. Campurkan semua bahan di atas dan kisar sehingga halus.
  2. Kemudian gaulkan pada ayam yang telah dipotong 4 dan dikelar-kelar.
  3. Perapkan ayam selama lebih kurang 5 jam dalam aluminium foil.
  4. Bakar dalam loyang (tanpa foil) pada suhu 180°c selama sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.

Boleh dimakan dengan roti nan kalau ada. Kita dengan nasi pun ok kan. selamat mencuba.
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!