Buah Melaka - Kuih Wajib Bulan Ramadhan Sewaktu Di Kampung Dulu-Dulu

Ads go here
buah mulung

Buah Melaka - Kuih ni sangat popular terutama di bulan puasa. Dulu masa kecik-kecik kuih ni sangat banyak ketika bulan puasa. Bawa sepinggan ke rumah jiran, jiran bagi bali pun buah melaka juga.

Namun kuih mudah ini tidak semua orang yang pandai membuatnya. Terutama bagi mereka yang baru berkahwin, dan yang belum pernah buat sebelum ini. Apa kata anda mencuba semua kuih-kuih mudah seperti ini sendiri dan tak perlu lagi membeli.

Jom kita cuba kuih buah melaka yang sangat sinonim sebagai juadah berbuka puasa. Cara nak buat tidak terlalu susah. Yang penting kehendak dan ada minat kan.
cara buat buah melaka
Buah Melaka menang tidak asing lagi bagi masyarakay Malaysia

RESEPI BUAH MELAKA 


Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 lembar daun panda (blend bersama air jadikan 1/2 cawan air daun pandan)
  • 1 ketul gula melaka/kabung - dipotong kecil-kecil (jangan hancur)
  • 1/2 cawan kelapa parut (ambil putih sahaja)
  • Secubit garam

Cara-Cara:

1. Sediakan bekas, masukkan tepung pulut dan tepung gandum ke dalamnya. Tuang air daun pandan perlahan-lahan dan uli sehingga menjadi doh. Ketepikan.
2. Ambil sedikit doh (sebesar ibu jari), leperkan dan masukkan gula melaka yang dipotong tadi kedalamnya. Bulatkan. Buat sehingga habis.
3. Masukkan air dalam periuk dan biarkan ia betul-betul mendidih. 4. Masukkan semua bebola buah melaka tadi. ke dalam air yang mendidih. Apabila ia mula timbul dipermukaan air barulah diangkat.
5. Pastikan kelapa parut putih telah digaulkan dengan secubit garam.
5. Gaulkan buah melaka yang siap dimasak dengan kelapa parut dan hidangkan.
resepi kuih buah melaka
Buah Melaka yang sudah siap dan boleh dihidangkan

Tips Tambahan:

1. Doh jangan terlalu lembik kerana akan menyebabkan buah melaka akan pecah dan air gula melaka akan keluar.
2. Ikuti sukatan air yang diberikan diatas kerana ianya sudah mencukupi. Tambah jika perlu sedikit demi sedikit. Jangan sampai terlebih.
3. Air daun pandan akan menyedapkan lagi buah melaka anda.
3. Jika potongan gula terlalu besar juga boleh menyebabkan buah melaka pecah ketika dimasak.

Semoga artikel yang olah dari Popia Sambal ini membantu anda terutama yang Beginner atau yang dah lama tak buat buah melaka. Selamat mencuba
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!