Ayam Bakar Madu Ala Pasar Malam. Hanya Guna Empat Bahan Mudah. Serius Sedap!

Ads go here
Ayam Bakar Madu

Ini adalah resepi ayam bakar madu yang paling mudah untuk kita buat. Artikel pun pendek bermakna memang sangat senang. Yang tak banyak masa pun sempat buat kalau tengok resepi di bawah.

Inilah adalah resepi perkongsian Puan Nur Alieya. Beliau hanya menggunakan 4 bahan mudah sahaja. Mari kita cuba sekarang.

RESEPI AYAM BAKAR MADU

Bahan-bahan:

Serbuk Cili BABAS
Garam
Gula atau Madu
Ajinamoto (jika anda suka)
Sedikit Air

Cara-cara:

Campaur semua bahan di atas, kacau hingga menjadi pes.
Gaulkan bersama ayam hingga sebati.
Perap ayam selama 5 hingga 6 jam. Lagi lama diperap lagi sedap.
Bakar separuh masak, kemudiankan celupkan semula dalam perapan tadi. Bakar semula sehingga masak. Anda boleh lihat ayam kelihatan berkilat dan tidak kering.
Siap untuk menjamu selera
Ayam Bakar Madu
Sedap ditabur dengan bijan


Selamat Mencuba!

Kredit Resepi :‎ Nurul Alieya via Aroma Resepi
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!