Resepi Kek Sarang Semut

Ads go here

Kek Sarang Semut senang sahaja nak buat. Tapi bukan senang nak dapatkan lubang-lubang yang camtik macam dalam gambar. Namun kepada peminat-peminat kek sarang semut, anda boleh mencuba resepi ini.

RESEPI KEK SARANG SEMUT


Bahan Gula Hangus:

1 cawan Gula
1 cawan Air panas
2 sudu besar Mentega

Langkah-Langkah:

Cairkan gula dengan api yang sederhana besar. Bila sudah cair, masukkan air panas perlahan-lahan untuk mengelakkan terpercik.
Masukkan mentega dan kacau hingga cair. Tutup api dan biarkan sehingga sejuk.

kek sarang semut
Kek Sarang Semut
Bahan Kek:

  • 4 biji Telur
  • 1 cawan Susu pekat
  • 1 sudu teh Esen vanilla
  • 1 cawan Tepung gandum *
  • 2 sudu tah Soda bikarbonat *

Langkah-Langkah:

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan susu pekat, kacau hingga sebati
  3. Masukkan tepung yang diayak, esen vanilla dan akhir sekali gula hangus
  4. Perap adunan yang ditutup selama 3 - 4 jam (saya perap 1 jam, alhamdulillah elok kejadiannya).
  5. Kukus selama 1 jam atau bakar selama 50 minit atau hingga masak dengan suhu 160°c api bawah sahaja dan 10 minit terakhir api atas bawah.

Resipi kek sarang semut
Cantik kek dia

Siap! Selamat mencuba.

Kredit Resepi: Ainafiqa Zamina via Deslizee
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!