Kek Pandan Gebu, Moist & Wangi

Ads go here

Walaupun kita kena PKP, raya nanti masih boleh buat kek mudah ni untuk seisi keluarga. Kek Pandan Gebu ni hasil perkongsian Puan Azlina atau Azlina Ina Fans. Nampak hijau dan gebu sangat menarik. Boleh kita cuba.

Kek pandan Gebu mudah


Bahan A

Majerin - cairkan dan sukat secawan bila suam

Bahan B

  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 sk cuka
  • 1/2 sk soda bikarbonat

*campurkan ke semua Bahan B okay.

kalau korang suka guna daun pandan, susu segar tu blend dengan daun pndan 1 cawan then tapis. korang boleh ambik 1/4 je selebihnya simpan nak buat kuih-kuih lain nanti senang boleh pakai lagi.

Bahan C

  • Ayak tepung gandum
  • 2 cawan tepung
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk cream off tartar (skip kalau takde. Fungsi dia cuma nak bagi kek lg ringan, kalau bakar takde pun takpe kalau kukus je takde kek kurang ringan tapi tetap jadi)

Bahan Mix

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sb ovalate
  • 2 sb pandan coconut pasted (setakat ni yang paling sedap)
  • 1 sb pewarna hijau apple
  • mix gebu
  • masuk bahan B
  • kemudian A sampai habis
  • dah sebati masuk C sampai habis


Siap! Senang kan!


Step ni campurkan susu dan cuka masakan.


Campurkan bahan tadi sampai gebu macam dalam gambar.


Kalau angkat kepala mixer, adunan tak jatuh dari mata mixer bermakna bahan-bahan dah gebu.


Masuk susu yang dicampur cuka tadi, tak perlu kacau namun perlahankan mixer.


Bila dah sebati, masukkan semua majerin yang dicairkan tadi.


Last masukkan tepung, pastikan mixer masih dalam speed yang perlahan.


Ok adunan gebu macam ni. Adunan ni nampak banyak sebab buat 2 adunan sekali 10 biji telur sebab tu nampk banyak.


Masuk dalam bekas. Tak kisah kalau kukus bekas mcm ni pun boleh kalau loyang saiz 9 x 9 sebab kek ni akan naik gebu ye. Kalau saiz 8 mesti tuang sket kat loyang 5.


Ok kukus selama 40 minit dengan  api sederhana. Kalau bakar suhu 170 dalam masa 50 minit api atas bawah.


Tebalikkan kat board lepas siap masak samada kek yang dikukus atau dibakar.


Alhamdulillah cantik kan! gebu, moist dan wangi sangat. Sesuai untuk korang cuba tau!

Sudah siap! Dengan bau yang wangi, gebu dan moist. Tentu orang-orang dalam rumah suka. Selamat mencuba.
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!