Resepi Nasi Ayam Thai Sedap Gilo!
Ads go here

Berbagai jenis nasi ayam kita dah makan. Macam-macam style dan ala. Kantonis, Madu, Nyonya dan macam-macam lagi. Kali ni kita nak kongsi Nasi Ayam Thai. Tengok gambar pun dah nampak kelainan.
Jadi tanpa buang masa, jom kita cuba sebab resepinya yang dikongsikan Are Peace dan disiarkan oleh yang sangat simple.
![]() |
Nasi Ayam sebegini memang ni dah selalu kita makan |
RESEPI NASI AYAM THAI
Bahan-Bahan3 Ketul Peha Ayam - Kalau nak lebih pun boleh.
2 Inci Halia dihiris nipis (resepi asal tulis sebesar ibu jari kaki. Kaki kita tak sama.. hehe)
5 Tangkai daun ketumbar - Basuh bersih-bersih termasuk akar dengan air garam dan potong lebih kurang 3 atau 4 inci dari akarnya (Lihat gambar di bawah)
Beras - Seeloknya beras basmathi (Sukat berapa pot anda nak masak)
Cara Memasak
1. Didihkan air masukkan halia dan daun ketumbar.
2, Kemudian masukkan ayam. Pastikan ayam tersebut tenggelam.
3. Masukkan sedikit perasa. Biarkan mendidih bersama ayam dalam 10 minit.
4. Selepas 10 minit, kelaurkan ayam. Air rebusan jangan dibuang dan digunakan untuk masak nasi.
![]() |
Proses merebus ayam |
1. Basuh beras bersih-bersih kemudian masukkan dalam Rice Cooker. Kalau tiada beras basmaathi, beras biasa pun boleh. Tapi basmathi lagi sedap dan lembut.
3. Tambah air rebusan tadi, kemudian susun ayam bahagian atas beras dalam rice cooker. Biar hingga masak.
![]() |
Nasi juga mudah dimasak dalam periuk nasi elektrik |
1. Masak nasi menggunakan rice cooker lagi elok nasi dan ayamnya.
2. Kalau beras basmathi jangan lebih air nanti nasi lembik. Seeloknya 1:1 (1 pot beras = 1 pot air).
SAMBAL
Bahan-Bahan
5 ulas bawang putih - cincang halus
10 biji cili padi merah thai - dipotong halus
2 sudu besar gula melaka - disagat baru boleh ukur untuk 2 sudu besar.
2 sudu besar sos ikan thai
1 sudu besar taucu
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit daun ketumbar - dipotong untuk aroma yang lebih menarik
1 sudu besar perahan lemon (cuka makan pun boleh)
Cara Buat Sambal
Campur kesemua bahan bertanda di atas hingga sebati.Jangan tak rasa nanti tak balance. Rasa ikut selera masing-masing. Apa yang anda rasa tak cukup, sila tambah ye apa yang patut.
Bila nasi dah masak, sambal dah siap, hias-hias sikit dengan daun ketumbar, tomato dan timun. Potong ayam dan siram saja sambal atas ayam. Nah! 2 pinggang nasi belum cukup.Selamat mencuba.
![]() |
Nampak biasa namun kelazatan yang luar biasa |
Bila anda senang nanti, cuba la tengok resepi ni. Mana tahu nak lagi. Anda sendiri tahu kan, makanan thai selalunya tidak mengecewakan.
Resepi Lain - Koaytiaw Goreng Versi PKP
Jadi, apa komen anda? Sila kongsikan resepi ini dan like page Resepi Ajerr. Terima kasih
Ads go here
Comments