Resepi Mudah Bubur Kacang

Ads go here
Cara buat bubur kacang hijau

Sesekali kita rasa nak makan bubur kacang. Puas cari sana-sini tak jumpa orang jual. Bubur kacang sebenarnya susah nak jumpa di kedai-kedai atau restoren. Nak tak nak kena cuba buat sendiri.

Bagi yang baru kahwin, suami minta bubur kacang. Jangan kata tak pandai. Cari dalam intenet dan cuba je. kalau terjumpa resepi kat sini, apa lagi suruh Cik Abang beli bahan dan buat. Tak tahu bahan-bahan bubur kacang? Susah apa! Baca kat bawah tu!

resipi bubur kacang
Bubur Kacang

RESEPI BUBUR KACANG

Bahan-Bahan

  • 200g Kacang Hijau
  • 100g sagu (kalau nak)
  • 1 ketul gula melaka
  • 100g gula merah (jika ada)
  • Gula pasir (jika tiada gula merah - sila sukat)
  • 1/2 Kotak Santan / Min guna 50ml susu cair
  • Daun pandan (kalau ada)
  • 2.5 Liter Air

Cara-Cara:

1.  Rendam kacang hijau 2 3 jam sampai nampak kembang atau semalaman. Jangan lupa pula nanti jadi tauge.

bubur kacang
Rendam kacang hijau semalaman

2.  Rebus kacang hijau dalam periuk. Masukkan daun pandan dan air. Saya gunakan periuk nasi elektrik sebab apa, lama-lama rebus kacang takut lupa nanti jadi arang.

cara masak bubur kacang

3. Masukkan gula kabung (orang kelantan panggil nisey). Masuk awal-awal supaya dia cair nanti.

bahan untuk bubur kacang
Gula Melaka dan Gula Merah

4.  Rebus sampai betul-betul kacang empuk dan pecah. Nak tau empuk ke tak ambik dan masukkan mulut rasa. Kalau lembut ok la walau tak nampak pecah.

5.  Apabila kacang dan empuk, masukkan sagu.

6.  Dah boleh masukkan gula merah. Bila gula ni dah hancur, rasa. Kalau kurang manis, boleh tambah gula pasir.

Resipi bubur kacang
Kacang dan sagu dah kembang

7.  Bila nampak sagu dah kembang, masukkan santan. Kalau guna dapur gas, kecikkan api. 

8.  Bila dah menggelegak, tutup api atau Off Suis. Sebenarnya dah lama menggelegak masa merebus. Tapi tunggu menggelegak selepas letak santan.

cara buat bubur kacang
Menggunakan periuk elektrik lebih selamat

Jadilah bubur kacang. Sedap makan dengan Roti Gardenia. Saya suka letak dalam peti ais bagi sejuk dulu. Sukatan di atas boleh makan 5 ke 6 orang.

bubur kacang hijau
Sedap dimakan panas dan sejuk

Selamat mencuba dan kongsikan.

Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!