Jom Masak Koaytiaw Goreng Versi PKP

Ads go here

Hari ini tibalah masa Min untuk buat koaytiaw goreng. Disebabkan dah beli koaytiaw beberapa hari yang lepas, sebelum luput dan rosak koaytiaw tu, Min kena goreng.

Buka peti ais, tengok apa yang ada, nampaknya bahan yang ada mencukupi untuk buat koaytiaw goreng.

Resepi koaytiaw goreng yang Min buat ni agak-agak je sebab ada juga sikit-sikit ilmu memasak ni. Asalkan dapat memenuhi keperluan tekak. Jadi min cuba jadikan ianya sedap. Jom kita tengok resepinya.

cara masak koetiaw goreng

RESEPI KOAYTIAW GORENG

Bahan-Bahan:
  • Sebungkus Koaytiaw
  • Sepokok Sawi Cina (Tak nak letak pun OK)
  • Segenggam Taugeh (Tanpa taugeh, tak seronok nak makan)
  • 2 Ulas Bawang putih 2 ulas (diketuk)
  • 1/4 Bawang Besar (slice)
  • 10 nos Fish Ball (Tak letak ayam sebab tak beli)
  • 1 pcs Fish Cake (di hiris nipis)
  • 2 nos Telur Ayam
  • 5 biji Cili Padi (dipotong)
  • 1 tbsp Cili Boh
  • 3 tbsp Sos Tiram
  • Kicap Manis (agak-agak)
  • 4 tbsp Sos Cili
  • Sedikit Garam
  • Serbuk Perasa

*tbsp = sudu makan

Untuk Hiasan: Cili merah dan daun bawang

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik kuning (jangan hangus pulak).

cara masak kuetiaw goreng

2. Kemudian masukkan 1 sudu makan cili boh dan tumis sampai cili masak.

Note: Kalau guna ayam atau daging masukkan ayam dan daging selepas ini kacau sampai masak sebelum masuk telur.

cara masak koaytiaw goreng

3. Masukkan telur dan kacau hingga hancur dan agak-agak masak.

cara masak kwai tiaw goreng

4. Perlahankan api, masukkan sawi cina, fish ball dan fish cake. Kacau hingga sebati dengan telur dan bahan tumis tadi, kacau sebentar. Tambahkan sedikit air jika adunan cili tadi kering.

resepi kuetiaw goreng

5. Masukkan Koaytiaw, sos tiram, kicap manis, sos cili, garam dan serbuk perasa.

resepi koay tiaw goreng

6. Kacau dan goreng hingga sebati dan masak. Masa ini kena rasa, apa yang kurang tambah. Kalau anda suka nampak hitam, tambahkan kicap.

resepi koetiaw goreng

6. Masukkan taugeh, cili padi (kalau mahu) dan terus goreng. jangan sampai terlalu layu taugeh tu. Tak sedap la. Agak-agak dalam seminit.

resepi kuetiaw goreng

7. Tutup api dan koaytiaw goreng anda telah siap.

char kue tiaw

Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama cili potong, cili jeruk, cili sos dan telur mata kerbau.

Apa komen anda? Komen dan Share jika anda suka. Selamat mencuba. Layari page kami @Resepi Ajerr

Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!