Resepi Kuih Lapis. Mudah Je Nak Buat. Jom Cuba!

Ads go here
Resepi Kuih Lapis

Kuih lapis juga merupakan kuih tradisional. Kuih laps biasanya berwarna merah putih. Rasanya lemak manis sangat sedap. Namun tidak semestinya merah putih je kan!

Menerusi perkongsian Cik/Puan Aezween ni, membolehkan sesiapa sahaja mencubanya. Terutama kepada mereka yang belum pernah buat dan tidak pernah tahu membuatnya.

Apa kata anda mencuba buat sendiri kali ini. OK Jom!

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan kotak kecil
  • 3 cawan air masak
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
Bahan kuih lapis

Cara-Cara Membuatnya

Blender semua bahan di atas dan bahagi kepada 2 bahagian.
1 bahagian letak pewarna dan 1 bahagian lagi sibiarkan putih
Kukus selapis²-selapis selama 7 minit
Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit

cara buat kuih lapis
Tips:

1. Sebelum dimasukkan ke dalam loyang, oles bekas dengan minyak bagi memudahkan apabila hendak dikeluarkan nanti.
2. Oles juga pisau dengan minyak supaya mudah untuk potong kuih lapis anda.

cara masak kuih lapis

Lepas baca sila cuba ye! Selamat mencuba dan kongsikan. Terima kasih.
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!