Kerepek Labu Mudah, Sedap dan Rangup

Ads go here
Kerepek Labu

Kerepek sememangnya kudapan yang paling best dimakan sambil menonton tv, melayari intenet dan ketika berehat. Bila dah makan kerepek, tengok-tengok habis sebalang tak sedar.

Antara kerepek yang popular adalah kerepek pisang dan ubi. Sekarang ni harganya pun boleh tahan kalau nak beli. Tetapi lebih untung jika anda hasilkan kerepek sendiri di rumah.

Setelah sekian lama menyepi, min terjumpa satu resepi kerepek yang menarik dan nampak sedap. Anda juga mungkin tidak terfikir tentangnya.

cara buat kerepek labu
Kebanyakan orang dah biasa dengan kerepek pisang
Kerepek ini paling mudah untuk dihasilkan dan semestinya sedap. Apa lagi rasanya yang lemak pasti akan membuat anda nak lagi!

KEREPEK LABU

Untuk resepi kerepek labu yang paling ringkas, ikuti resepi dari  perkongsian ini.

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1 biji labu
Garam (secukup rasa)
resepi Kerepek Labu
Buah labu sebenarnya boleh dibuat kerepek
CARA MEMBUATNYA

STEP 1 - POTONG DAN HIRIS

1. Potongkan buah labu kepada 4 bahagian.
2. Buangkan kulit labu sehingga tinggal sedikit sahaja yang berwarna hijau.
3. Dengan menggunakan penyagat, hiris labu dengan nipis memanjang.
4. Lalukan hirisan labu di bawah air paip. (hirisan tidak perlu direndam dalam air garam).

masak kerepek labu
Labu yang dihiris nipis
STEP 2 - KERINGKAN HIRISAN LABU

1. Keringkan hirisan labu di bawah cahaya matahari.
2. Setelah kering, bolehlah dimasak.

pumpkin recipe
Hirisan labu perlu dijemur terlebih dahulu
STEP 3 - CARA MASAK

1. Gorengkan hirisan labu tadi atas api yang sederhana.
2. Apabila labu sudah rangup dan bertukar menjadi perang keemasan, angkat dan toskan.
3. Taburkan garam atau lada hitam mengikut cita rasa anda.
4. Apabila kerepek labu sudah siap digoreng hasilnya buat anda terpukau. Garing, lazat dan lemak-lemak manis.

cara masak kerepek labu
goreng dalam api yang sederhana
STEP 4 - PENYIMPANAN

1. Pastikan kerepek labu sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang. Tujuannya untuk mengelakkan kerepek menjadi lemau.

kerepek labu

Selamat mencuba ye kalau ada labu yang anda tak tahu nak masak apa. Apa komen anda. Jangan lupa like dan share. Terima kasih.

Baca - Resepi Lepat Labu

Sumber: Cappucinolatte
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!