Resepi Pat Choy Tumis Sos Tiram

Ads go here
Resepi Pak Choy

Pak Choy Tumis Sos Tiram, adalah menu sayur yang mudah dan cepat untuk disediakan. Sayur hanya perlu dicelur dan dituang kuah ke atasnya dan boleh dimakan. Bagi menyedapkan lagi menu ini jangan celur terlalu lama. Sayur ini sedap dimakan jika teksturnya masih rangup. Jika terlalu layu, menu sayur ini akan hilang rasa sedap dan istimewanya.

Jom kita tengok resepi istimewa Che' Nom.

Pak Choy Tumis Sos Tiram

Bahan-Bahan:
  • 4-5 pokok sayur Pak Choy
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 hirisan nipis halia - cincang halus
  • sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
  • sedikit gula
  • 1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • sedikit bawang goreng
  • hirisan cili api
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan secubit garam.
  2. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu sedikit kemudian buang air.
  3. Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untu menghentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Kemudian buang air sejuk tadi.
  4. Potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
  5. Seterusnya buah sos
SOS TIRAM
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan air bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa. Tutup api dan angkat.
  4. Tuang kuah sos tiram ke atas sayur dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.
Tips:

Che Nom tidak masukkan garam ke dalam kuah sos tiram kerana sos tiram dan serbuk pati ayam sudah masin rasanya.
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!