Resepi Ayam Goreng Mamak Style

Ads go here

Ayam goreng mamak memang sedap. Makan pula dengan nasi briyani. Kali ni nak makan buat sendri je tak perlu nak susah payah payah ke kedai mamak.

Menerusi perkongsian oleh Puuteriee Naareesza Put, jom kita goreng ayam menggunakan resepi ayam goreng mamak Crunchy Mabeles Put3's Little Kitchen. Jangan berlengah lagi, jom.

Resepi Ayam Goreng Mamak Style

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong 4 dan dibersihkan
  • 2 sudu teh sebuk kunyit
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 6-8 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa
  • 2 sudu besar air
  • Garam secukupnya
  • 10 tangkai daun kari
  • Minyak secukupnya


Rahsia ayam goreng mamak
Contoh ayam yang diperap. Foto: facebook
Langkah 1 - Perap Ayam

1. Gaul garam kunyit dan perap ayam tersebut selamat 20 minit.
2. Masukkan serbuk cili, serbuk perasa dan air. Kemudian gaul sebati.
3. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.

Langkah 2 - Menggoreng

Pastikan minyak betul-betul panas untuk menggoreng ayam. Semasa menggoreng dengan pastikan dengan api yang sederhana dan kuali hendaklah ditutup supaya ayam masak dengan  sempurna. Balikkan ayam jika perlu. Dah Masak Angkat. Wow mengamcam!

Langkah Akhir - Goreng Daun Kari

1. Jangan makan lagi. Belum sempurna. Masukkan daun kari ke dalam lebihan bancuhan tepung tadi, gaul dan goreng dengan minyak yg panas.
2. Siap, angkat dan tabur atas ayam.

resepi ayam goreng merah mamak
Inilah ayam goreng mamak style yang bikin ketagih tu!!
Wah! Hasilnya garing and sedap. Selamat mencuba!

Tips - Bahan-bahan perap tadi boleh digunakan untuk goreng sotong, kentang (potongan jejari atau wedges), tempe, ikan, udang, peria dan lain-lain. Saya tidak gunakan serbuk kari sebab warnanya akan jadi coklat seolah-olah hangus. Jadi anda boleh letakkan kalau mahu.

Resepi Lain - Resepi Nasi Ayam Thai

Sila SHARE RESEPI ni untuk manfaat bersama.
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!