Tips Goreng Ikan Keli Agar Tidak Bengkok dan Tidak Meletup

Ads go here

Ikan keli memang sedap bila di goreng terlebih dahulu. Samada ikan keli tersebut anda mahu jadikan menu sambal dan berlada. Atau terus di makan selepas digoreng.

Masalahnya yang sering berlaku adalah ia meletup dan bengkok apabila kita menggorengnya. Biasanya apabila menggoreng ikan keli, jenuh bersilat sebab percikan minyak yang tidak disangka-sangka.

Tips Goreng Ikan Keli Agar Tidak Bengkok

Namun menerusi perkongsian dari pengguna facebook Salman Rahim di MAHN, beliau memberikan tips bagaimana menggoreng ikan keli agar tetap lurus. Tipsnya sangat mudah iaitu menggunakan otak kita je. Hihi.

Lihat pada gambar, sebelum digoreng, ikan keli dicucuk dengan lidi agar lurus. Selepas digoreng, ikan keli tersebut kekal lurus. Mudah kan? Cuma sediakan lidi.

Tips 2 - Mengelak Daripada Minyak Melat0p semasa menggoreng. Selepas minyak panas, masukkan atau percikkan sedikit tepung gandum ke dalam kuali. Kemudian masukkan ikan keli. Anda lihat hasilnya. Kalau tak menjadi, ada sesuatu yang tak kena.

Semoga bermanfaat.
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!