Nasi Goreng Kerabu

Ads go here
Nasi Goreng Kerabu

Sesekali kita buat nasi goreng kerabu. Nasi goreng kerabu ada sedikit berbeza dengan nasi kerabu namun enak di makan panas-panas. Cara nak buat tidak terlalu susah. Mungkin kita tidak tahu bagaimana nak buat kan.

Kalau kita nak rasa kelazatan nasi goreng kerabu, resepi yang dikongsikan oleh Puan Sarina Seman ni tidak kurang hebatnya. Untuk lauk hanya gunakan kerang dan sotong sahaja. Jom kita terus tengok resepinya yang sedap ini.

NASI GORENG KERABU 

Pejam celik, pejam celik, tinggal esok sehari saja lagi hari persekolahan untuk sesi 2019. Ajaibnya rasa sedih teringatkan sahabat yang bertukar terus hilang bila membayangkan keseronokan cuti sekolah. Alhamdulillah, gembira tak terucap. Hari ni kakak janji dengan Max akan sampai rumah lebih awal, tapi hampir pukul 4 petang juga baru sampai.. Kesian Max, lapar agaknya, dua tiga kali jengah ke dapur. Sabarlah Max, esok sehariiiiiiii je lagi. Kebelakangan ni hampir setiap petang Rabu kami makan nasi bungkus ayam Gayah. Tapi hari ni kakak rasa nak masak. Jom tengok resipi Nasi Goreng Kerabu cara kakak. Wajib cuba tau!
nasi goreng kerabu

RESEPI GORENG KERABU

BAHAN-BAHAN
  • 4 cawan nasi
  • Kisar halus: 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis, cili padi secukupnya.
  • Sotong, isi kerang yang direbus (udang)
  • 2 batang serai, ketuk
  • 3 helai daun limau purut, hiris halus
  • 3 sudu besar budu (kakak guna Budu Cap Tempayan)
  • Hirisan cili, daun ketumbar dan bunga kantan.
  • Limau nipis
  • Minyak secukupnya
CARA-CARA
  1. Panaskan mintak, kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak dan betul-betul masak.
  2. Masukkan daun limau purut dan budu.
  3. Masukkan sotong, kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi dan kacau.
  5. Perahkan sedikit jus limau nipis.
  6. Perasakan.
  7. Akhir sekali masukkan kerang dan hirisan daun ketumbar, cili serta bunga kantan.
Wah sedap. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!