Resepi Pulut Dakap

Ads go here

Dulu masak sekolah selalu sangat makan pulut dakap. Pulut dakap ni memang sedap kerana ada rasa manis-manis buah pisang dan lemak santan. Nak buat pun tidak terlalu susah. Ini adalah resepi orang dulu-dulu.

Resepi ini adalah perkongsian daripada Azura Yosoff menerusi Saya Suka Masak. Anda boleh mencubanya. Mesti guna daun pisang untuk mendapatkan aromanya yang original.

CARA BUAT PULUT DAKAP

cara bungkus pulut dakap


Bahan-Bahan:
  • 1 kg Beras pulut
  • 500 gm Santan pekat
  • 1 gelas air
  • 2 cawan Gula
  • 3 sk Garam halus
  • Daun pisang yg hijau dan segar - dipotong saiz bersesuaian
  • Pisang tanduk. (Anda juga boleh guna pisang kebatu, pisang nipah, pisang kelat siam, kelat lega dan lain-lain).
  • Tali rafia - untuk ikat
cara buat pulut dakap

Cara-Cara:

1. Basuh beras pulut bersih-bersih kemudian rendam selama 3 jam di dalam air. Kemudiam kukus pulut sampai naik wap.
2. Kemudiam masak santan yang telah dicampur dengan gula dan garam sampai mendidih dan tutup api. Angkat periuk santan dan letak di bawah.
3. Masukkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam periuk yang berisi santan yang telah dimasak dan kacau hingga sebati.
4. Panaskan di atas api semula. Kacau sehingga nampak keluar sedikit minyak.
5. Ambil daun pisang dan letakkan pulut pada daun pisang. Masukkan pisang di atas pulut dan balut sehingga menutupi pisang.
6. Ikat pulut yang siap dibalut secara berdakapan dengan tali ropia. Sebab tu kot dinamakan pulut dakap kemudian kukus.
7. Apabila masak, dah boleh makan. Makan panas atau sejuk terpulang kepada anda.
cara masak pulut dakap



Memang sesuai untuk dibuat berbuka puasa pada bulan ramadhan dan minum petang pada hari biasa. Selamat mencuba
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!