Resepi Terung Sos Tiram Pedas

Ads go here
Terung sos tiram

Buka peti ais tengok ada terung yang sudah dua minggu beli tapi masih segar. Maklumlah stok untuk sebulan. Jadi terfikir nak sahur makan terung sos tiram pedas. Terung selain dibuat kari dan ulam, goreng begini juga memang sedap dan boleh menaikkan selera ketika bersahur. Resepi ini cukuplah untuk 2 orang makan. Kalau ramai kena lah guna empat atau lima biji terung.

Resepi Terung Sos Tiram Pedas
Terung Sos Tiram Pedas
Inilah rupanya terung dengan sos tiram pedas
Bahan-Bahan

  • 2 biji terung sederhana besar - dipotong serong
  • Secekak ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1/4 bawang merah (Onion) - dihiris
  • 2 atau 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu  teh serbuk ayam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan air (saya tak suka kuah banyak)
  • Minyak untuk menumis 
Goreng Terung
Terung ini bersaiz sederhana besar. 2 minggu masih fresh

Ini je bahan utamanya

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan ikan bilis serentak sehingga naik bau. Ketepikan.
2. Masukkan Cili giling dan tumis hingga pecah minyak atau agak-agak masak.
3. Masukkan terung dan air kemudian kacau. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau dan pastikan terung layu.

Mudah ja kan. Main campak dan kacau-kacau ja

4. Masukkan serbuk ayam dan garam. Kacau sebati.
5. Bila dah masak angkat. Sedap di makan panas-panas.

Bila dah ada terung ni, tak sentuh lauk lain dah. Cukup sekadar untuk berpuasa esok dan kenyang. Sedap dan jimat.
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!