Wah! Cantiknya Apam Pandan dan Apam Coklat Moist. Jom Buat!

Ads go here
Apam Pandan (Kiri) dan Apam Coklat (Kanan)

Jom buat apam. Kita kongsikan resepi Apam dalam dua versi iaitu Apam Pandan dan Apam Coklat. Kedua-dua apam ini dikongsikan oleh Azzu Riana yang dipetik dari facebook Cara Mudah Buat Kek. Nampak kedua-dua Apam sangat menarik. Mari kita lihat resepinya.

Apam Pandan dan Apam Coklat Moist

APAM PANDAN


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula (kalau mahu lebih manis boleh tambah gula)
  • 1 sudu besar ovelett
  • 1 penutup esen vanila
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 6 sudu besar santan pekat
  • Sedikit air daun pandan - blend
Cara-cara:

1. Putar semua bahan menggunakan Mixer hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan 2 cawan tepung gandum, putar hingga sebati.
3. Sapu acuan dengan sedikit planta agar tidak melekat.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus antara 25 ke 30 minit.

resepi apam pandan
Nampak cantik teksture nya
APAM COKLAT MOIST

Bahan-bahan:
  • 4 bji telur gred A
  • 1 sudu besar ovelet
  • 1/2 cawan susu pekat (kalau mahu lebih manis boleh tambah gula)
  • 1 sudu besar serbuk milo
  • 5 sudu besar minyak masak (supaya apam akan jadi moist)
  • 1 cawan serbuk coklat (Saya guna serbuk coklat yang buat minuman je)
Cara-Cara:

1. Putar semua bahan di atas menggunakan Mixer hingga sebati.
2. Apabila sebati, masukkan 1 1/2 cawan tepung gandum dan putar lagi hingga adunan sebati.
3. Sapu acuan dengan sedikit planta agar tidak melekat.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam masa 30 - 35 mnit. 5. Apabila masak nampak apam ni jadi moist sebab kita letak minyak.

Resepi Apam Coklat moist
Apam Coklat Moist
Siaplah sudah 2 resepi apam yang memang sedap. Selamat mencuba.
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!