Snek Ikan Crunchy Dengan Rumpai Laut
Ads go here
Snek ikan ni memang sedap kalau goreng semula dan di makan panas-panas. Untuk menyediakan snek ni memang tegang semua urat saraf namun apabila siap, tidak pun sampai 30 minit selesai semuanya. Silap-silap tukang goreng melepas.
Jadi bagaimanakah cara untuk menyediakan snek ringkas ini? Jom teruskan membaca dan ikuti cara-cara menyediakan snek di bawah.
BAHAN-BAHAN
- Snek Ikan atau Sotong (dijual dalam paket seperti dalam gambar)
- Kepingan rumpai laut (dijual dalam paket)
- Putih telur untuk gam (boleh juga guna air bancuhan tepung jagung)
Bahan-Bahan |
CARA MENYEDIAKAN
1. Balutkan hirisan snek ikan atau sotong dengan rumpai laut. Rumpai laut hendaklah dipotong mengikut kesesuaian. Ukuran 1" X 2" sudah memadai.
2. Lekatkan dengan putih telur atau bancuhan tepung jagung.
3. Panaskan minyak dalam pan atau kuali.
4. Gorengkan beberapa saat hingga ikan atau sotong kekuningan.
5. Angkat dan toskan.
6. Siap untuk dihidangkan.
Snek Ikan Crunchy |
Sangat simple untuk menyediakan snek ini kerana semuanya sudah tersedia. Anda hanya perlu membalutnya sahaja kerana snek ikan atau sotong ini juga telah siap dihiris.
Selamat mencuba.
dekda
Ads go here
Comments