Asparagus Dengan Sos Tiram

Ads go here


Asaparagus ni rasanya manis dan sedap. Tidak sesuai dimakan kalau ada penyakit gout.

Bahan-bahan:

1 ikat asparagus (dalam 2 cekak)
15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci dan toskan
4 biji cili padi merah, dititik
4 biji cili padi hijau, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa

Cara Penyediaan:

Ambil asparagus dibahagian yang lembut sahaja. Cara nak dapatkan yang lembut adalah ambil sebatang asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambik bahagian yang lembut. Kemudian campur bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut.

Kemudian potong tiga atau empat bahagian mengikut saiz yang anda inginkan. Cuci dan toskan.

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah hingga harum.

2. Masukkan sos tiram dan udang. Kacau rata.

3. Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus, kacau dan tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa.

4. Masak hingga asparagus lembut tapi pastikan masih rangup. Rasa dan jika cukup rasa boleh matikan api.

5. Hidangkan panas-panas bersama nasi hangat.

Selamat mencuba. Simple tapi sedap

Sumber: facebook
Ads go here

Comments

You are welcome to share your ideas with us in comments! Dih!